Alhamdulillah, hasil daripada pemerhatian ke tempat-tempat menarik di Malaysia, aku perkenalkan 2 pakej murah daripada tour n travel agency untuk memberi peluang kepada semua orang untuk melancong. Pakej ini aku buat sendiri dengan kerjasama pihak-pihak di Sabah dan Pulau langkawi. Insha Allah, jika niat baik, segalaanya berjalan lancar.
Setakat ini aku buat 2 pakej iaitu ke Kota Kinabalu dan Pulau Langkawi. Dua destinasi yang aku rasa berbaloi jika melancong ke sana. Kepada yang belum pernah naik kapal terbang inilah masanya untuk anda menikmati terbang di udara. Dalam pakej ini, aku rangkakan perjalanan yang terbaik untuk melihat tempat-tempat yang menarik di sana.
Ada 2 pakej ke Sabah iaitu pakej 3hari 2malam dan pakej 4hari 3malam. Jika dah tambah hari tu maka bertambahlah ongkosnya. Untuk pakej 3hari 2malam aku cuma ambil ground sekitar RM350.00/orang dan jika 4hari 3malam RM450.00/orang sahaja. Berbaloikan. Untuk tiket kapal terbang pula, rajin-rajinlah tengok AirAsia untuk tambang murah. Sebenarnya tarikh saya yang akan tetapkan kerana saya akan ikut serta ke sana.
Ke mana nak pergi di Sabah nanti? Jangan takut, saya biasanya akan berjumpa dengan orang yang berminat untuk ikut serta dalam rombongan ini. Segala permasalahan akan dijawab apabila berjumpa kelak.
Satu lagi destinasi ialah Pulau Langkawi,. Tak perlulah diterangkan tentang kehebatan Pulau Langkawi kerana memang dah terkenal di dunia. Untuk pakej 3hari 2malam ini saya ambil RM300.00/orang sahaja. Kenapa RM300, nanti saya terangkan. Tiket kapal terbang boleh ambil awal skit kerana biasanya Airasia ada buat promotion.
No comments:
Post a Comment