Mahar Blog

Sembang-sembang bersama pengalaman ketika ke tempat orang di negara kita, Malaysia. Juga ingin mengajak para pembaca bersama-sama merasai pengalaman. SYOKNYA MELANCONG

Friday 5 July 2013

D'Alai Homestay

Awal Julai, ada satu program yang perlu aku uruskan untuk anak-anak didik di sekolah. Program ini ditaj sepenuhnya oleh YDP PIBG sekolah aku. Setelah puas mencari tempat untuk adakan program ini, akhirnya D'Alai Homestay menjadi pilihan.

Letaknya D'Alai Homestay ini di Jalan Sekolah, Kampung Alai, Melaka. Pemiliknya pula juga anak jati Alai. Walaupun namanya homestay namun ia seakan2 chalet dan menarik. Aku diberitahu bahawa homestay ini menjadi singgahan pada setiap hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Aku juga ada kenalkan pada kawan2 tempat ini.

Harga semalam sekitar RM90 - RM100 sahaja. Berbaloi kerana ada kolam renang, ruang tamu dan dapur disediakan kepada para tetamu. Macam rumah sendiri. Selain terletak di tengah-tengah kampung yang tenang dan damai, lokasi homestay ini tidak jauh daripada tempat-tempat menarik di Melaka. Hanya 7 km ke Banda Hilir, 4 km ke Medan Ikan Bakar Umbai, 4 km ke Muzium Hang Tuah Di Duyong dan banyak lagi tempat menarik berada di sekitaran.

Jika nak maklumat lanjut boleh call 0166479220 yanti

Jom kita lihat gambar-gambar di bawah

 
 
 
 
 

Tuesday 11 June 2013

TIP MELANCONG 1


Persediaan untuk mengembara @ melancong yang diajar oleh Islam

1. Berdoa kepada Allah agar perjalanan pergi dan balik kita selamat dan diberkati
2. Disunatkan keluar rumah pada waktu pagi.
3. Apabila mengembara @melancong hendaklah secara berkumpulan dan lantiklah seorang sebagai ketua.
4. Hendaklah berniat melakukan perkara baik sebelum, semasa dan selepas mengembara.

Sunday 9 June 2013

PAKEJ BAJET SENDIRI ATUR

Alhamdulillah, hasil daripada pemerhatian ke tempat-tempat menarik di Malaysia, aku perkenalkan 2 pakej murah daripada tour n travel agency untuk memberi peluang kepada semua orang untuk melancong. Pakej ini aku buat sendiri dengan kerjasama pihak-pihak di Sabah dan Pulau langkawi. Insha Allah, jika niat baik, segalaanya berjalan lancar.

Setakat ini aku buat 2 pakej iaitu ke Kota Kinabalu dan Pulau Langkawi. Dua destinasi yang aku rasa berbaloi jika melancong ke sana. Kepada yang belum pernah naik kapal terbang inilah masanya untuk anda menikmati terbang di udara. Dalam pakej ini, aku rangkakan perjalanan yang terbaik untuk melihat tempat-tempat yang menarik di sana.

Ada 2 pakej ke Sabah iaitu pakej 3hari 2malam dan pakej 4hari 3malam. Jika dah tambah hari tu maka bertambahlah ongkosnya. Untuk pakej 3hari 2malam aku cuma ambil ground sekitar RM350.00/orang dan jika 4hari 3malam RM450.00/orang sahaja. Berbaloikan. Untuk tiket kapal terbang pula, rajin-rajinlah tengok AirAsia untuk tambang murah. Sebenarnya tarikh saya yang akan tetapkan kerana saya akan ikut serta ke sana.

Ke mana nak pergi di Sabah nanti? Jangan takut, saya biasanya akan berjumpa dengan orang yang berminat untuk ikut serta dalam rombongan ini. Segala permasalahan akan dijawab apabila berjumpa kelak.

Satu lagi destinasi ialah Pulau Langkawi,. Tak perlulah diterangkan tentang kehebatan Pulau Langkawi kerana memang dah terkenal di dunia. Untuk pakej 3hari 2malam ini saya ambil RM300.00/orang sahaja. Kenapa RM300, nanti saya terangkan. Tiket kapal  terbang boleh ambil awal skit kerana biasanya Airasia ada buat promotion.

PEKAN SELAMA, PERAK

Bandar Selama, Perak
Tempohari ketika menziarahi ibu mertua di Taiping, Perak, sempatlah juga merayau-rayau di sana. Tapi bukan Taiping yang dituju tetapi pekan Selama. Pekan Selama ni kecil saja. Namun begitu, pekan ini dikira oklah juga kerana semua kemudahannya lengkap seperti hospital, balai polis daerah dan banyak lagi. Faham-faham saja. Ia merupakan pintu masuk ke Perak dari negeri Kedah.

Berhenti sekejap di sebuah kedai makan lalu menjamu selera. Pekena mi kari. Rasanya macam mi rebus di Melaka kerana rasa udang kering pada kuahnya. Sedap juga. Lapar kot.

Menyusuri Selama aku terus ke Bandar Baru, Kedah tapi hampa kerana bandarnya tiada. Hanya ada  kedai-kedai lama yang ditinggalkan. Berhenti di pentas yang didirikan di Sungai Kerian. Rupa-rupanya Sungai Kerian itu menjadi pemisah antara dua negeri. Disebelah sana tu adalah Bandar Parit Buntar. Bandarnya kecil sahaja tetapi biasalah perniagaan dikuasai oleh orang-orang cina. orang India pun ramai juga kerana aku lihat ada kedai makan India. Bagi aku susah nak jumpa kedai makan khusus untuk orang India kerana biasanya kedai mamaklah.

Sungai Kerian
Selepas hampir 5 jam menjelajah Perak Utara aku pun ambil keputusan pulang ke Taiping. Tidak terus pulang ke rumah aku singgah pula ke pekan Kubu Gajah. Tiada apa yang menarik di sini. Hajat di hati untuk terus ke Grik tetapi masa tidak mengizinkan. Lalu aku pun pulang apabila isteri mula mengsms dan telefon tanya pergi mana. Pukul 5 aku pun sampai di rumah kakak ipar di Taman Wira

Keseluruhan aku dapat rasakan bahawa masyarakat Melayu masih lagi hidup di kampung-kampung tradisi yang jauh dari bandar dan kurangnya maklumat mereka dengan perkara-perkara baru. Oleh itu, tidak perlulah kita memerah otak kerana sememangnya masyarakat Melayu di Perak Utara ini amat bergantung kepada kerajaan. Sebab itu dalam PRU13 yang lalu, BN menang di kawasan2 majoriti Melayu kampung.

JUMPA LAGI

KEMBARA BERMULA DI SINI

Mengembara dan Melancong bukan sahaja untuk menggembirakan hati tetapi fokus utamanya ialah mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Merenung dan mengkaji setiap kejadian Allah yang indah akan mendekatkan diri kita kepada yang Allah.

Seperti mana firman Allah yang bermaksud

'Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjlanlah (bermusafir) di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaannya,"

Aku sendiri suka berjalan dan melancong. Hampir ke semua tempat menarik di Malaysia ini telah ku jejaki. Cuma ke Serawak sahaja masih lagi belum sampai. Insha Allah satu hari nanti. Di luar negara pula setakat ni, memandangkan belum berkemampuan pergi jauh, cuma negara Asean sahaja yang pernah mengembara. Antaranya PekanBaru dan Bukit Tinggi di Indonesia. Yala dan Hatyai di Thailand serta Singapura.

Menjadi keutamaan penjelajahan ke satu2 tempat, aku suka mencuba makanan tradisi tempat tersebut. Mengkaji sejarah  dan budaya serta mengagumi manusia yang tinggal di situ. Bagi merasai ketenangan banyak pantai-pantai tercantik dan mashyur di negara kita seperti Palau Pangkor, Tioman dan lain2 lagi.

Dilain bicara nanti aku akan masukkan beberapa kenangan bergambar tempat-tempat yang pernah aku jelajah. Oleh itu, aku harapkan blog ini menjadi bacaan bersama di samping mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia.

 
JUMPA LAGI