Mahar Blog

Sembang-sembang bersama pengalaman ketika ke tempat orang di negara kita, Malaysia. Juga ingin mengajak para pembaca bersama-sama merasai pengalaman. SYOKNYA MELANCONG
Showing posts with label JELAJAH. Show all posts
Showing posts with label JELAJAH. Show all posts

Friday, 5 July 2013

D'Alai Homestay

Awal Julai, ada satu program yang perlu aku uruskan untuk anak-anak didik di sekolah. Program ini ditaj sepenuhnya oleh YDP PIBG sekolah aku. Setelah puas mencari tempat untuk adakan program ini, akhirnya D'Alai Homestay menjadi pilihan.

Letaknya D'Alai Homestay ini di Jalan Sekolah, Kampung Alai, Melaka. Pemiliknya pula juga anak jati Alai. Walaupun namanya homestay namun ia seakan2 chalet dan menarik. Aku diberitahu bahawa homestay ini menjadi singgahan pada setiap hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Aku juga ada kenalkan pada kawan2 tempat ini.

Harga semalam sekitar RM90 - RM100 sahaja. Berbaloi kerana ada kolam renang, ruang tamu dan dapur disediakan kepada para tetamu. Macam rumah sendiri. Selain terletak di tengah-tengah kampung yang tenang dan damai, lokasi homestay ini tidak jauh daripada tempat-tempat menarik di Melaka. Hanya 7 km ke Banda Hilir, 4 km ke Medan Ikan Bakar Umbai, 4 km ke Muzium Hang Tuah Di Duyong dan banyak lagi tempat menarik berada di sekitaran.

Jika nak maklumat lanjut boleh call 0166479220 yanti

Jom kita lihat gambar-gambar di bawah

 
 
 
 
 

Sunday, 9 June 2013

PEKAN SELAMA, PERAK

Bandar Selama, Perak
Tempohari ketika menziarahi ibu mertua di Taiping, Perak, sempatlah juga merayau-rayau di sana. Tapi bukan Taiping yang dituju tetapi pekan Selama. Pekan Selama ni kecil saja. Namun begitu, pekan ini dikira oklah juga kerana semua kemudahannya lengkap seperti hospital, balai polis daerah dan banyak lagi. Faham-faham saja. Ia merupakan pintu masuk ke Perak dari negeri Kedah.

Berhenti sekejap di sebuah kedai makan lalu menjamu selera. Pekena mi kari. Rasanya macam mi rebus di Melaka kerana rasa udang kering pada kuahnya. Sedap juga. Lapar kot.

Menyusuri Selama aku terus ke Bandar Baru, Kedah tapi hampa kerana bandarnya tiada. Hanya ada  kedai-kedai lama yang ditinggalkan. Berhenti di pentas yang didirikan di Sungai Kerian. Rupa-rupanya Sungai Kerian itu menjadi pemisah antara dua negeri. Disebelah sana tu adalah Bandar Parit Buntar. Bandarnya kecil sahaja tetapi biasalah perniagaan dikuasai oleh orang-orang cina. orang India pun ramai juga kerana aku lihat ada kedai makan India. Bagi aku susah nak jumpa kedai makan khusus untuk orang India kerana biasanya kedai mamaklah.

Sungai Kerian
Selepas hampir 5 jam menjelajah Perak Utara aku pun ambil keputusan pulang ke Taiping. Tidak terus pulang ke rumah aku singgah pula ke pekan Kubu Gajah. Tiada apa yang menarik di sini. Hajat di hati untuk terus ke Grik tetapi masa tidak mengizinkan. Lalu aku pun pulang apabila isteri mula mengsms dan telefon tanya pergi mana. Pukul 5 aku pun sampai di rumah kakak ipar di Taman Wira

Keseluruhan aku dapat rasakan bahawa masyarakat Melayu masih lagi hidup di kampung-kampung tradisi yang jauh dari bandar dan kurangnya maklumat mereka dengan perkara-perkara baru. Oleh itu, tidak perlulah kita memerah otak kerana sememangnya masyarakat Melayu di Perak Utara ini amat bergantung kepada kerajaan. Sebab itu dalam PRU13 yang lalu, BN menang di kawasan2 majoriti Melayu kampung.

JUMPA LAGI