Mahar Blog

Sembang-sembang bersama pengalaman ketika ke tempat orang di negara kita, Malaysia. Juga ingin mengajak para pembaca bersama-sama merasai pengalaman. SYOKNYA MELANCONG

Sunday, 9 June 2013

PEKAN SELAMA, PERAK

Bandar Selama, Perak
Tempohari ketika menziarahi ibu mertua di Taiping, Perak, sempatlah juga merayau-rayau di sana. Tapi bukan Taiping yang dituju tetapi pekan Selama. Pekan Selama ni kecil saja. Namun begitu, pekan ini dikira oklah juga kerana semua kemudahannya lengkap seperti hospital, balai polis daerah dan banyak lagi. Faham-faham saja. Ia merupakan pintu masuk ke Perak dari negeri Kedah.

Berhenti sekejap di sebuah kedai makan lalu menjamu selera. Pekena mi kari. Rasanya macam mi rebus di Melaka kerana rasa udang kering pada kuahnya. Sedap juga. Lapar kot.

Menyusuri Selama aku terus ke Bandar Baru, Kedah tapi hampa kerana bandarnya tiada. Hanya ada  kedai-kedai lama yang ditinggalkan. Berhenti di pentas yang didirikan di Sungai Kerian. Rupa-rupanya Sungai Kerian itu menjadi pemisah antara dua negeri. Disebelah sana tu adalah Bandar Parit Buntar. Bandarnya kecil sahaja tetapi biasalah perniagaan dikuasai oleh orang-orang cina. orang India pun ramai juga kerana aku lihat ada kedai makan India. Bagi aku susah nak jumpa kedai makan khusus untuk orang India kerana biasanya kedai mamaklah.

Sungai Kerian
Selepas hampir 5 jam menjelajah Perak Utara aku pun ambil keputusan pulang ke Taiping. Tidak terus pulang ke rumah aku singgah pula ke pekan Kubu Gajah. Tiada apa yang menarik di sini. Hajat di hati untuk terus ke Grik tetapi masa tidak mengizinkan. Lalu aku pun pulang apabila isteri mula mengsms dan telefon tanya pergi mana. Pukul 5 aku pun sampai di rumah kakak ipar di Taman Wira

Keseluruhan aku dapat rasakan bahawa masyarakat Melayu masih lagi hidup di kampung-kampung tradisi yang jauh dari bandar dan kurangnya maklumat mereka dengan perkara-perkara baru. Oleh itu, tidak perlulah kita memerah otak kerana sememangnya masyarakat Melayu di Perak Utara ini amat bergantung kepada kerajaan. Sebab itu dalam PRU13 yang lalu, BN menang di kawasan2 majoriti Melayu kampung.

JUMPA LAGI

1 comment:

  1. Memandang rendah terhadap org Melayu adalah satu kesilapan. Rasa tersinggung.

    We are simple minded but not stupid

    ReplyDelete